Selasa, 01 Januari 2013

Sepuluh Latifah Insan

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Ketahuilah bahawa di sisi Hadhrat Imam Robbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘Alaih dan sekelian para pengikutnya telah tsabit bahawa pada setiap insan terhimpun sepuluh Latifah. Lataif adalah kata jamak bagi latifah yang bererti kehalusan dan lima dari latifah tersebut adalah dari Alam Amar manakala lima latifah lagi adalah dari Alam Khalaq. Alam Amar dan Alam Khalaq adalah berada dalam lingkungan Daerah Imkan. Untuk memahami Tariqat Naqshbandiyah ini, amat penting untuk kita memahami tentang sepuluh lataif insan.

Lima Lataif dari Alam Amar itu adalah:

1. Qalb
2. Ruh
3. Sir
4. Khafi
5. Akhfa

Lima Lataif dari Alam Khalaq itu adalah:

1. Nafs
2. Angin
3. Api
4. Air
5. Tanah

Sewaktu Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan rupa bentuk jasmani bagi insan, dikurniakannya juga lima Lataif Alam Amar di beberapa kedudukan pada badan manusia dan mengurniakannya takluk keasyikan.

Adapun bagi Alam Amar, kedudukan Latifah Qalb itu terletak pada tetek kiri pada anggaran dua jari di bawah puting dan cenderung sedikit ke arah ketiak. Kedudukan Latifah Ruh adalah di bawah tetek kanan pada anggaran dua jari di bawah puting. Kedudukan Latifah Sir adalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari ke arah dada. Kedudukan Latifah Khafi adalah pada tetek kanan pada anggaran dua jari ke arah dada dan kedudukan Latifah Akhfa adalah pada tengah-tengah dada. Allah mengurniakan takluk keasyikan pada Lataif ini di tubuh badan manusia.

Takluk Alam Amar ini akan mencapai peningkatan rohani setelah disucikan sehinggalah kita dapat mengenali diri kita dan asal usul kita yang merupakan cahaya Nur yang tersembunyi dalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini.

Adapun bagi Alam Khalaq, kedudukan Latifah Nafs itu adalah di antara kedua-dua kening yang mewakili otak dan akal manusia. Seterusnya Latifah bagi empat anasir iaitu Tanah, Air, Api dan Angin adalah pada seluruh tubuh jasmani manusia. Sepertimana Alam Amar, Alam Khalaq juga perlu disucikan kerana dengan penyuciannya akan membawa seseorang itu kepada peningkatan pengenalan diri dan asal-usul hakikat kejadian.

Penyucian kesemua Sepuluh Lataif Insan ini di lakukan dalam 7 Peringkat. Peringkat pertama penyucian Latifah Qalb, kedua penyucian Latifah Ruh, ketiga penyucian Latifah Sir, keempat penyucian Latifah Khafi, kelima penyucian Latifah Akhfa, keenam penyucian Latifah Nafs dan ketujuh adalah penyucian Latifah Qolibiah iaitu Empat Anasir merangkumi Angin, Api, Air dan Tanah.

Penyucian Latifah pertama hingga keenam adalah berzikir pada kedudukan masing-masing seperti yang telah dijelaskan manakala penyucian Latifah yang ketujuh iaitu Latifah Qolibiah dengan berzikir pada setiap zarah, jisim dan rambut pada seluruh tubuh badan kita yang merangkumi kesemua Sepuluh Lataif. Dalam gambar (Rajah 1) dapat diperhatikan kedudukan Latifah-latifah pada tubuh badan manusia sebagai maqam berzikir.

1. Qalb

2. Ruh
3. Sir
4. Khafi
6. Nafs
5. Akhfa
7. Tanah (10)
7. Air (9)
7. Angin (7)
7. Api (8)

Selasa, 04 September 2012

Manusia dlm kandungan bapak mungkinkah


* Manusia dalam kandungan Bapak *



Manusia dalam kandungan bapak 40 hari
(3 hari di alam Gaibul Gaib dan 37 hari di alam Gaib)

* Al_Fatihah dalam diri Manusia *



Al-Fatihah dalam diri manusia
Kaitan Al-Ikhlas + Al-Fatihah + Syahadah

* ALLAHU AKBAR *






BACA-AN YANG SALAH


* ALLAH HU – HU ALLAH *




ALLAH HU
HU ALLAH
ALLAH HU – HU ALLAH

* RABBIL ALAMIN *




Rabbil Alamin ( yang pelihara Manusia )

* Tanda Kematian *



Tanda-tanda Kematian pada diri seorang manusia

* Letak Nafas, Ampas, Tanapas dan Nufus *


Letak nafas, ampas, tanapas dan nufus (tubuh)

letak nafas, ampas, tanapas dan nufus (kepala, hati)
Nur-Kalbu
Nyawa terbagi 4

* Pemecahan Wajah seorang Mukmin *



Proses Pemecahan Wajah

A L I F



SAKSIK-LAH YANG SATU PADA YANG SATU
KUN FAYAKUN

* ISLAM, IMAN DAN KALBU *


Penafsiran ISLAM secara Makrifat (2)Penafsiran ISLAM secara Makrifat (1)
Penafsiran IMAN secara Makrifat (1)
Penafsiran IMAN secara Makrifat (2)
Penafsiran KALBU secara Makrifat (1)
Penafsiran KALBU secara Makrifat (2)

* ISLAM, IMAN DAN KALBU *


Penafsiran ISLAM secara Makrifat (2)Penafsiran ISLAM secara Makrifat (1)
Penafsiran IMAN secara Makrifat (1)
Penafsiran IMAN secara Makrifat (2)
Penafsiran KALBU secara Makrifat (1)
Penafsiran KALBU secara Makrifat (2)

* ZIKIR ALLAH HU – HU ALLAH *


PERGERAKAN ZIKIR HU ALLAHPERGERAKAN ZIKIR ALLAH HU
** ZIKIR NAFAS **

Cara berzikir HU ALLAH hendaklah kita mulai dengan lafaz HU dari pusat kita, tarik nafas keatas hingga ke kepala tengadahkan kepala ke langit-langit kemudian hembuskan kuat dgn lafaz ALLAH dengan tenaga kearah pusat dan biarkan menular ke jantung, sebut kalimah HU ALLAH dengan jelas, perlahan (jangan cepat) serta ikuti mahrajnya dgn betul, selama melafazkan HU hendaklah panjang 2 Alif (4 harakat) dan hembuskan dengan lafaz ALLAH pun dengan panjang yang sama, saat sampai di pusat tahan nafas sehingga dapat menyebut seberapa banyak HU ALLAH didalam satu nafas. Pada awal permulaan zikir hendaklah dibuat secara nyaring di mulut tetapi kemudian diperlahankan secara beransur-ansur sehingga tertutup mulut (tidak kedengaran dilafazkan di mulut) dan berzikirlah HU ALLAH didalam hati saja, berzikir sebanyak yang kita mampu dan buat secara istiqomah.
Cara zikir ALLAH HU dimulai dengan lafaz ALLAH dengan panjang 2 Alif (4 harakat) dari pusat naik ke kepala, tengadahkan kepala ke langit-langit, kemudian lafazkan HU dengan bertenaga hembuskan ke pusat hingga terasa mengalir di jantung kita, saat sampai kepusat tahan nafas hingga kita dapat menyebut ALLAH HU seberapa kali dalam satu nafas. Cara buat sama dengan yang diatas.

** TAJALLI & TARAKKI **


TAJALLI (menurunkan kwalitas)

TARAKKI (meningkatkan kwalitas
Piramid Tajalli – Tarakki

** LAILLAHAILLALLAH **


LAILLAHAILLALLAHKALIMAH TAUHID
LAILLAHAILLALLAH
LAILLAHAILLALLAH
LAILLAHAILLALLAH
LAILLAHAILLALLAH